Uji Kehebatan Pokku Kuda Merah PDRM

image

Tengku Sharizal atau Pokku Kuda Merah PDRM bakal berdepan dengan lawan yang lebih hebat dari Negara Thailand pada 28&29hb Mei 2016 bertempat di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. Kejohanan ini merupakan anjuran Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur. Perlawanan antara Pokku Kuda Merah PDRM dengan Super Boy Thailand adalah perlawanan yang dinantikan kerana kedua-dua peninju ini hebat dan mempunyai skill kelebihan masing-masing diatas gelanggang. Kepada semua peminat sukan muaythai boleh la datang beramai-ramai menyaksikan pertarungan hebat peninju tempatan dengan peninju Luar Negara. Tiket Promosi kini sudah diedar dengan harga RM15.00 sahaja. Hubungi 012-7864930/019-3253351 di Pusat Tinju PDRM Pulapol Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *